Prospek Ternakan Kambing Dalam ECER (East Coast Economic Region)

Penubuhan ECER akan menjadikan pengeluaran kambing lebih berkesan dan berpusat menerusi kluster industri daging kambing. Tujuan mengujudkan kluster industri kambing adalah untuk mempastikan bekalan yang mencukupi dan berkualiti tinggi serta selamat. Ia juga bagi mempastikan pengeluaran produk daging kambing memenuhi permintaan daging segar tempatan serta memberi tambah nilai kepada industri pemerosesan daging di negara ini.

Perkembangan yang lebih mengujakan ialah penubuhan pusat pemerosesan bersepadu iaitu pusat pengumpulan, pemerosesan dan pembungkusan (CPPC) serta pusat pengumpulan dan pemasaran (CMC) bagi membolehkan para penternak menjual produk-produk mereka. CPPC dan CMC akan bertanggungjawab dari segi pemasaran, pengesahan dan perhubungan dengan rangkaian pasaraya-pasaraya dan pengekspot.

No comments:

Post a Comment