Pandangan Umum Terhadap Skim Saham Kambing (Qiradh An-Am) Kambing KPMNJ


http://ligakampung.com/blog/skim-saham-kambing/
25 Jun 2009
Skim saham kambing?? Saya terbaca berita yang menarik di Utusan mengenai satu skim Saham Kambing atau Qiradh An- Am yang dilaksanakan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ). Memang menarik sekali dengan menggunakan kambing sebagai modalnya..

Pengerusinya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, skim tersebut merupakan rentetan daripada projek perintis kambing boer yang dijalankan di Kahang, Kluang.
Beliau berkata, pengenalan skim berkenaan juga sejajar dengan pembangunan pesat Iskandar Malaysia terutamanya dalam sektor makanan dan pemprosesan agro.
“Dengan skim berkenaan, ahli koperasi dipelawa untuk menyuntik modal bagi projek penternakan kambing boer sekali gus menikmati pendapatan yang telah dijana.
“Namun harus diingat, semua ahli yang berminat perlu menjadi ahli yang aktif,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan KPMNJ ke-14, di sini hari ini.


Pelaburan yang dilaksanakan oleh KPMNJ memang bagus sekali.. Ye la selain dapat meningkatkan modal ianya sekaligus memberikan pulangan kepada ahli koperasi. Selain dari pulangan duit mungkin boleh dapatkan kambing kalau ada majlis-majlis tertentu. Malahan tinjanya boleh dibuat baja.. . Menarik betul..

No comments:

Post a Comment