Mamak! Sup Kambing Satu.....


Adakah anda pasti sup kambing yang anda pesan di restauran mamak betul-betul sup kambing?
Fakta yang betul ialah banyak restauran mamak menghidangkan sup "kambing" bukanlah benar-benar "kambing"(goat) tetapi adalah "sup bebiri" (sheep). Walaupun bebiri, tetapi ramai juga yang memanggilnya sebagai "kambing bebiri". Daging bebiri lebih murah dan senang diperolehi (khususnya secara import dari luar negara).
Isunya di sini ialah terdapat perbezaan yang nyata antara "kambing" dan "bebiri" dari segi kualiti daging masing-masing.
Jika anda dihidangkan 3 oz. daging kambing, anda mendapat 2.6g lemak, 0.79g lemak tepu dan 63.8g kolestrol.
Manakala jika anda dihidangkan 3 oz. daging bebiri, anda mendapat 8.1g lemak, 2.9g lemak tepu dan 78.2g kolestrol!
(Data ini diperolehi daripada USDA Nutrient Database for Standard Reference, Release 14 (2001).
Oh, patutlah mudah dapat sakit kepala kerana dihidangkan sup bebiri, bukan sup kambing!

No comments:

Post a Comment