Pandangan Umum Terhadap Skim Saham Kambing (Qiradh An-Am) Kambing KPMNJ


http://ligakampung.com/blog/skim-saham-kambing/
25 Jun 2009
Skim saham kambing?? Saya terbaca berita yang menarik di Utusan mengenai satu skim Saham Kambing atau Qiradh An- Am yang dilaksanakan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ). Memang menarik sekali dengan menggunakan kambing sebagai modalnya..

Pengerusinya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, skim tersebut merupakan rentetan daripada projek perintis kambing boer yang dijalankan di Kahang, Kluang.
Beliau berkata, pengenalan skim berkenaan juga sejajar dengan pembangunan pesat Iskandar Malaysia terutamanya dalam sektor makanan dan pemprosesan agro.
“Dengan skim berkenaan, ahli koperasi dipelawa untuk menyuntik modal bagi projek penternakan kambing boer sekali gus menikmati pendapatan yang telah dijana.
“Namun harus diingat, semua ahli yang berminat perlu menjadi ahli yang aktif,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan KPMNJ ke-14, di sini hari ini.


Pelaburan yang dilaksanakan oleh KPMNJ memang bagus sekali.. Ye la selain dapat meningkatkan modal ianya sekaligus memberikan pulangan kepada ahli koperasi. Selain dari pulangan duit mungkin boleh dapatkan kambing kalau ada majlis-majlis tertentu. Malahan tinjanya boleh dibuat baja.. . Menarik betul..

Mari Kita Fikir Perkara Ini

Dikatakan ternakan kambing berkembang 8.67% pada tahun 2004, 9.73% pada tahun 2005 dan 18.75% pada tahun 2006 dan sekarang dianggarkan ada 300,000 ekor kambing. Manakala ternakan biri-biri berkembang sebanyak 0.47%, 0.35% dan 1.10% masing-masing bagi tahun2004, 2005 dan 2006.

Pengeluaran daging mutton (kambing & biri-biri) negara pada tahun 2006 hanyalah 1,600 tan bernilai RM40.61 juta. Berbanding pada tahun yang sama, Malaysia mengimport 133,335 ekor kambing/biri-biri (RM43.62 juta), 16,086 tan metrik mutton (RM155.64 juta).

Self-sufficiency level (%) pada tahun 2006 ialah 8.99% dan dijangka naik kepada 10% pada tahun 2010, manakala per capita consumption (kg) pula pada tahun 2006 ialah 0.67 dan dijangka 0.7 pada tahun 2010.

Soalnya adakah penternak kambing mahupun biri-biri mudah menjual kambing/biri-biri masing-masing pada masa ini?

Pelan Pemasaran & Sokongan Pemasaran Kambing



Pelan pemasaran boleh dibahagi kepada 4 seperti berikut:
1. Huluan (primary)
2. Hiliran (secondary)
3. Tambah-nilai (tertiary)
4. Perkhidmatan lain

1. Huluan
1.1 Jualan kambing baka
1.2 Jualan kambing sembelihan (slaughter goat)
1.3 Jualan untuk upacara keagamaan - contohnya akikah dan korban
1.4 Pengimpot kambing hidup (AP)
1.5 Lelong kambing hidup/jualan secara pakej
1.6 Produk pelancongan (agro-pelancongan)/manufacturing tourism
1.7 Contract farming (pengembangan)
1.8 Ladang satelit/bio-tech (pengembangan)



2. Hiliran
2.1 Kambing sembelihan - daging segar untuk restauran, catering, dealers/packers/wholesellers/retailers, holiday, wedding, meat shop
2.2 Pembekal baja tinja
2.3 Pembekal makanan kambing dan keperluan kambing


3. Tambah-Nilai
3.1 Satay kambing
3.2 Restauran kambing
3.3 daging kambing ditinkan
3.4 Industri kraf kulit kambing


4. Perkhidmatan lain
4.1 Rumah sembelihan - penyembelih berlesen dan servis penyembelihan
4.2 Sistem pengurusan akaun
4.3 Sistem pengurusan berkomputer
4.4 Mengendali laman web/blogspot kambing
4.5 Menerajui Persatuan Penternak Kambing
4.6 Latihan/kursus ternakan kambing
4.7 Festival kambing tahunan

8 Perkara Asas Pelan Pemasaran


8 perkara asas dalam merangka pelan pemasaran yang strategik:
a) Siapa kita dan bagaimana kita berbeza dengan pesaing kita.
b) Produk dan servis yang ditawarkan.
c) Siapa yang memerlukan produk dan servis tersebut.
d) Bagaimana dapat menjual produk dan servis tersebut.
e) Masa yang terbaik dan tepat untuk mereka.
f) Bajet untuk pemasaran.
g) Kaedah mengukur kejayaan pemasaran.
h) Tetap fokus.

3M Dan 5 P Dalam Ternakan Kambing



Apabila ingin menternak kambing, kena tahu 3M
1. Membeli
2. Menternak
3. Menjual


Apabila hendak menjual kambing pula, kena tahu 5P
1. Product (produk)
2. Promotion (promosi)
3. Price (harga)
4. Plan (rancangan)
5. People (pembeli/pelanggan/pengguna)



5P di atas boleh diringkaskan sebagai: 5P = profit

Prospek Ternakan Kambing Dalam ECER (East Coast Economic Region)

Penubuhan ECER akan menjadikan pengeluaran kambing lebih berkesan dan berpusat menerusi kluster industri daging kambing. Tujuan mengujudkan kluster industri kambing adalah untuk mempastikan bekalan yang mencukupi dan berkualiti tinggi serta selamat. Ia juga bagi mempastikan pengeluaran produk daging kambing memenuhi permintaan daging segar tempatan serta memberi tambah nilai kepada industri pemerosesan daging di negara ini.

Perkembangan yang lebih mengujakan ialah penubuhan pusat pemerosesan bersepadu iaitu pusat pengumpulan, pemerosesan dan pembungkusan (CPPC) serta pusat pengumpulan dan pemasaran (CMC) bagi membolehkan para penternak menjual produk-produk mereka. CPPC dan CMC akan bertanggungjawab dari segi pemasaran, pengesahan dan perhubungan dengan rangkaian pasaraya-pasaraya dan pengekspot.

Biotech Farm

ar-Raudhah Biotech Farm is Malaysia's pioneering enterprise in the production of high quality livestock genetics material using scientifically oriented and knowledge-driven technologies and production methods. ar-Raudhah Biotech's goal is to produce premium, superior quality genetics material of the animal in the form of semen, embryos as well as full blooded livestock for the market.

ar-Raudhah Biotech Farm is a fully Malaysian owned and operated business. The Farm is located in Kuang, Selangor, 40 minutes drive from Kuala Lumpur. Its business practises in stud breeding and livestock farming is based on 'halal' an holistic management principles and practises.

http://arraudhahbiotech.com/en/start.html

Read also "Boost For Boer Goat Farming"
http://skorcareer.com.my/blog/ternakan-kambing-boer-goat-farming-in-malaysia-mardi-technology/2008/04/21/