Potensi Perniagaan Penternakan Kambing Boer Di Malaysia

Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini.

Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015.

Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia.

Ciri ciri kambing boer:

Subur dan mudah membiak sepanjang tahun
Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain
Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca

Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang.

Diambil Daripada:
http://ladangkambingkami.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment