Ringkasan Latar Belakang Ternakan Kambing Boer KPMNJ

KPMNJ telah memulakan projek ternakbiak kambing Boer pada 12 Februari 2008 di ladang sawit milik KPMNJ yang bertempat di Kahang, Kluang, Johor. Jenis kambing yang diternakbiak adalah dari jenis Boer yang diimport dari negara Australia.Jumlah kambing Boer yang dibeli terdiri daripada 5 ekor penjantan (fullblood) berumur 12 bulan dan 100 ekor induk betina (F4) dalam lingkungan umur 6-8 bulan.Sebuah kandang kambing telah dibina bersaiz 30’ x 100’ menempatkan 105 ekor kambing tersebut dengan kapasiti boleh menampung sehingga 250-300 ekor kambing.Kaedah ternakan yang dijalankan adalah secara fidlot bagi mengelakkan sebarang penyakit berjangkit dan keselamatan kambing itu sendiri.Seluas 1 ekar tanah telah ditanam dengan rumput Gajah (Napier) dan sebagai makanan tambahan kambing.KPMNJ juga telah menerima 20 ekor kambing induk (kacukan Boer) dari Jabatan Veterinar Kluang menerusi skim Pintaf.

No comments:

Post a Comment